Apa yang kami tawarkan?
JFPC SE bersedia untuk berkongsi idea dalam perancangan kewangan untuk membantu menjimatkan banyak masa berharga anda & wang titik peluh kerana pelanggan dapat mengetahui platform yang betul untuk menjimatkan wang mereka.
Kenalpasti apa yang penting buat anda
Bagi membina pelan hala tuju kepada visi unik kebebasan kewangan anda, amatlah penting untuk melihat lebih jauh melangkaui aspek pelaburan. Pelan kewangan yang terbaik dan komprehensif adalah yang mempertimbangkan setiap aspek kehidupan kewangan anda, termasuklah:
01
Cashflow & Emergency Reserves
Sesiapa yang bekerja, minimal tabung kecemasan perlu ada 3-6 bulan gaji bulanan. Statistik menunjukkan, rakyat Malaysia ramai yang tiada simpanan kecemasan walaupun hanya RM 1,000. Ini amat membimbangkan sekiranya berlaku kecemasan, contohnya: tidak lagi mampu bekerja ataupun diberhentikan kerja.
02
Risk Management & Insurance
Setiap apa yang kita buat, pasti ada risiko yang perlu kita tanggung. Risiko ini membuatkan kehidupan kita sentiasa perlu berjaga, sama ada pada diri sendiri atau keluarga tersayang.
Adalah lebih baik, sekiranya risiko ini kita boleh pindahkan kepada pihak lain supaya kita dapat menikmati kehidupan dengan sepenuh hati yang tenang. Baik dari segi kesihatan, keselamatan dan kewangan keluarga, mahupun pembayaran harta/aset sedia ada yang masih berhutang.
03
Healthcare & Long-term Care
Kadar inflasi perubatan sedang meningkat naik dengan drastik akibat daripada perkembangan teknologi perubatan dan keberkesanan ubat-ubatan. Hospital kerajaan adalah lebih baik sekiranya kita utamakan kepada golongan yang tiada pendapatan.
Untuk yang ada pendapatan tersendiri, adalah lebih bijak sekiranya kita mengambil inisiatif untuk memastikan segala kesihatan kita dan keluarga terjamin. Ini boleh dilaksanakan dengan memastikan setiap ahli keluarga mempunyai kad perubatan untuk admission di hospital swasta pada bila-bila masa.
04
Retirement Income & Investments
Dua perkara yang pasti salah satu akan berlaku dahulu, sama ada jika umur kita tidak panjang, kita akan pergi dahulu. Tetapi sekiranya ditakdirkan umur kita panjang, maka isu mustahak yang perlu diambil kira adalah berapa tabung yang mencukupi untuk kita teruskan kehidupan selepas persaraan.
Antara formula mudah adalah kita ambil 15x gaji tahunan terakhir kita. Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mempunyai tabung yang mencukupi untuk bersara, maka itu ramai yang kita dapat lihat masih bekerja walaupun sudah lewat usia. Sepatutnya mereka ini, warga emas yang perlu berehat setelah lama bekerja sejak muda lagi.
05
Medicare & Social Security
Majikan yang bagus adalah majikan yang menjaga perihal para pekerja. Baik dari segi gaji, kesihatan dan juga kewangan keluarga pekerja.
Dengan memastikan perubatan pekerja diambil berat dan juga pampasan diberikan sekiranya pekerja tidak mampu lagi untuk bekerja akibat daripada musibah tertentu, pekerja sudah pasti lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik kepada syarikat.
06
Charitable Giving
Ada 3 amalan yang tidak putus pahalanya setelah seseorang itu meninggal dunia. Amalan-amalan tersebut adalah ilmu yang dimanfaatkan, doa anak yang soleh dan sedekah amal jariyah. Bagi yang ingin membuat sedekah pahala tanpa henti, ada penyelesaian infaq yang boleh dilakukan bagi membantu niat ikhlas ini.
Sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran surah Az-Zalzalah ayat 7, Allah SWT berfirman:
فَمَنْ يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَّرَهٗۚ
Maksudnya: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)-nya. (QS Az-Zalzalah: 7).
07
Estate Planning
Antara isu yang paling kita kurang gemar untuk berbicara. Walhal, ini adalah pengurusan kewangan terakhir yang paling penting untuk kita laksanakan.
Semasa masih hidup, aset kita dipanggil harta. Tetapi, setelah meninggal dunia, segala aset milik kita dikira sebagai harta pusaka. Harta pusaka akan melalui pelbagai saluran sebelum boleh berjaya diagihkan mengikut hak-hak faraid atau penerima hibah.
Tanpa dokumentasi wasiat yang lengkap, semua aset akan dibekukan sehingga perbicaraan di mahkamah telah selesai dengan persetujuan semua ahli faraid.
08
Tax Management
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita perlu melaksanakan cukai terhadap negara. Ada formula dan cara untuk kita pastikan jumlah cukai yang perlu dilaksanakan setiap tahun terbayar.
Kelebihan pembayar cukai yang konsisten, akan mendapat pelbagai kelebihan. Di antaranya, kemudahan loan dengan pihak bank dan beberapa initiatif dasar kerajaan.